Ntahla aku patut gembira ke patut bersedih sebab tinggalkan keluarga tahun 6 setelah tahun depan aku hanya diberi tanggungjawab mengajar Tahun 5 dan Tahun 4 oleh pihak sekolah. Jika aku gembira, aku patut berterima kasih kepada Sayfol Cikgu Sains sekolah aku yang pernah mengutarakan hal ni sewaktu meeting bersama pentadbir. Beliau mencadangkan patut diadakan 'Rotation' guru-guru yang mengajar tahun 6 nie dan baharu tahun depan nak bermula..Jika patut bersedih pulak, mana tak sedih setelah rekod pencapaian lulus subjek Matematik UPSR telah dipecahkan tahun ini tetiba lak tahun depan orang dah ambil alih kerja aku, hukhukhuk sedih...Ntah apa maksud perancangan pihak pentadbir sekolah aku nie..takut jer helah untuk bagi aku kerja lebih disebabkan kini aku mula dianggap Golongan Penentang di sekolah kerana sudah mula bersuara...apapun aku tak takut sebab aku dah standby dengan banyak saluran kalau perkara ni tak mampu diselesaikan di sekolah..lebih-lebih lagi jawatan yang aku sandang sekarangni sebenarnya 2 dalam 1 walaupun pihak sekolah berkeras menafikan ia cuma 1 jawatan sahaja. Jawatan kat sekolah cuma S/U Peperiksaan tapi diberi jugak tugasan tambahan sebagai S/U Headcount. Bukannya takder orang lain, dahla tahun depan sekolah mula 1 sesi ramailah org kat sekolah tu yg tak pegang apa2 jawatan..apapun aku dah mulakan step awal seperti disarankan oleh rakan aku di sekolah lain, balik kursus buat Minit Curai minta dengan pentadbir..Setelah isi tapi pihak pentadbir buat2 tak faham mereka sarankan aku jangan buat kerja tu..sebenarnya aku lagi suka kalau pihak pentadbir refer jer masalah aku terus kat pihak atasan sebab akupun banyak benda nak cerita kat dorang, da siap buat draf lagi...Anyway, terima kasih kepada guru-guru senior tahun 6 yang lain yang terkejut aku diturunkan ke tahun 5 dan 4, sebab aku bekerja secara langsung dengan guru-guru tahun 6 bukan dengan pentadbir aku, jadi tak hairanlah mereka lebih memahami apa yang aku buat dan sejauhmana prestasi kerja aku..
Ariffahmi Letak Jawatan Kerana Gambar Ini?
-
Gambar ini membawa banyak maksud. Menurut blogger yang meletak jawatan
sebelum itu berbanding Ariffahmi (Menantu Nik Aziz), "tetapi di luar negara,
bukan ...
7 hours ago
















